
Artikel
Posting Pilihan Pemandu Potong Barisan Secara Bahaya Disaman
Susulan tular rakaman gambar kejadian di media sosial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah berjaya mengesan empat pemandu kenderaan yang melakukan kesal...
Susulan tular rakaman gambar kejadian di media sosial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah berjaya mengesan empat pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan memotong barisan secara berbahaya, di sini, semalam.
Dalam Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 29 April lalu hingga 8 Mei depan, terdapat lima kesalahan trafik utama yang akan dikenakan tindakan saman serta merta dan satu kesalahan yang tidak akan dikompaun namun pesalah perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.
Lima kesalahan tindakan saman serta merta adalah seperti berikut:
i. Memandu melebihi had laju,
ii. Memandu di lorong kecemasan,
iii. Memotong di garisan berkembar,
iv. Memotong barisan, dan
v. Tidak mematuhi lampu isyarat.
Manakala, satu kesalahan yang tidak boleh dikompaun tetapi pesalah perlu hadir ke mahkamah adalah menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi