Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Sertai Latih Amal Bencana Ex Genting 2022

Diterbitkan: 21 Oct 2022 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bentong, 20 Oktober 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menyertai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) serta beberapa agensi penyelamat lain dalam Latih Amal Ex-Genting 2022 yang dilaksanakan dekat Terowong Genting Sempah, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-sertai-latih-amal-bencana-ex-genting-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:53 MYT
Bentong, 20 Oktober 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menyertai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) serta beberapa agensi penyelamat lain dalam Latih Amal Ex-Genting 2022 yang dilaksanakan dekat Terowong Genting Sempah, di sini.

Latih amal anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan dan kecekapan para petugas agensi keselamatan termasuk PDRM ketika mengendalikan insiden bencana seperti kemalangan kenderaan, tumpahan bahan kimia serta tanah runtuh.

Seramai 22 pegawai dan 43 anggota PDRM dari Unit Peronda Lebuh Raya, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Bukit Aman, Maktab PDRM KL serta Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong terlibat menjayakan latih amal tersebut.

Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Dato’ Khairi Khairudin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Azri Ramli.


May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 12 people, people sitting, people standing and text that says '金 MALAYSIA BOMBA'

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2022 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM