
Article
Posting Pilihan Pdrm Sertai Latih Amal Bencana Ex Genting 2022
Bentong, 20 Oktober 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menyertai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) serta b...
Bentong, 20 Oktober 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menyertai Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) serta beberapa agensi penyelamat lain dalam Latih Amal Ex-Genting 2022 yang dilaksanakan dekat Terowong Genting Sempah, di sini.
Seramai 22 pegawai dan 43 anggota PDRM dari Unit Peronda Lebuh Raya, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM Bukit Aman, Maktab PDRM KL serta Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong terlibat menjayakan latih amal tersebut.
Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, DCP Dato’ Khairi Khairudin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Azri Ramli.