Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Serius Menangani Isu Jenayah Atas Talian

Diterbitkan: 18 Jul 2024 10.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Fahmi Fadzil
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-serius-menangani-isu-jenayah-atas-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedia berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani isu jenayah atas talian.

Pengarah JSJ Bukit Aman, CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain hadir ke perbincangan yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bagi mencari jalan penyelesaian dan langkah dalam membanteras isu media sosial antaranya jenayah penipuan, judi, seksual dan buli siber.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Fadil Hj. Marcus, barisan Ketua Penolong Pengarah JSJ dan para pegawai kanan PDRM serta SKMM.

Sumber: Fahmi Fadzil

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2024 10.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM