
Article
Posting Pilihan Pdrm Raih Tempat Pertama Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1444h Peringkat Wilayah Persekutuan
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan St...
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud kerana berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat Wilayah Persekutuan diikuti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang memperoleh tempat ketiga.
Perarakan yang berlangsung di sekitar Masjid Wilayah Persekutuan hari ini disertai oleh 22 buah kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun itu disemarakkan dengan majlis berselawat bagi menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW.