
Article
Posting Pilihan Pdrm Perkukuh Hubungan Strategik Bersama Polri Dalam Misi Pengaman Antarabangsa
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kepolisian Negara Republi...
Jakarta, 10 April 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 7 hingga 9 April 2026.
Lawatan diketuai oleh Pemangku Pengarah KDNKA, CP Dato’ Fisol Salleh bersama pegawai kanan KDNKA bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa.
Delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke Divisi Hubungan Antarabangsa POLRI yang diketuai oleh Irjen Polisi Amur Chandra bersama pegawai kanan POLRI.
Lawatan ini memberi fokus kepada perkongsian kepakaran dalam pelaksanaan Formed Police Unit (FPU) di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, meliputi pemilihan anggota, latihan, logistik dan pengurusan sumber manusia mengikut piawaian antarabangsa.
Delegasi turut melawat International Mission Center, Serpong bagi melihat fasiliti latihan, simulasi serta latihan bahasa sebelum penugasan antarabangsa.
Kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama masa hadapan termasuk penempatan FPU bersama, program pertukaran kepakaran dan latihan bersama bagi meningkatkan interoperabiliti, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkasa keupayaan pasukan ke arah standard global serta mengangkat imej Malaysia di pentas antarabangsa melalui penyertaan dalam misi pengaman dunia.