Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Jalankan Operasi Halangan Di Jalan Temiang Pantai

Diterbitkan: 01 Jun 2022 1.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 1 Jun 2022 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah menjalankan satu Operasi Halangan di Jalan Temiang-Pantai bagi mengekang tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-jalankan-operasi-halangan-di-jalan-temiang-pantai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Seremban, 1 Jun 2022 - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah menjalankan satu Operasi Halangan di Jalan Temiang-Pantai bagi mengekang tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut, di sini, semalam.

Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’ dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’ yang jelas tidak membenarkan mana-mana individu atau kenderaan berada di atas jalan yang boleh menghalang lalulintas. Pesalah juga boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dengan mematuhi peraturan jalan raya dan tidak menimbulkan kesukaran sekaligus membahayakan pengguna lain.

ArtikelDiterbitkan 01 Jun 2022 1.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM