
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Gerakkan Mpv Dan Urb Bagi Mencegah Jenayah Musim Perayaan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa Sambutan Hari Raya...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mencegah jenayah semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei ini.
Rondaan akan dilakukan dari semasa ke semasa di kawasan kediaman dan premis peniagaan yang tidak beroperasi pada musim perayaan ini bagi memastikan keselamatan setempat sentiasa terjamin.
Masyarakat yang ingin pulang ke kampung halaman adalah dinasihatkan untuk meninggalkan butiran peribadi kepada mana-mana balai polis yang berhampiran bagi memastikan kawasan kediaman anda berada dalam keadaan yang selamat.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)