Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pdrm Dan Spf Perkukuh Kerjasama Melalui 145th Cid Liaison Meeting

Diterbitkan: 10 Jul 2026 11.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Singapura, 10 Julai 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Singapore Police Force (SPF) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan menerusi penganjuran 145th Singapore–Malaysia Criminal Investigation Department (CID) Liaison Meeting yang berlangsung di Swissotel The Stamford, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-dan-spf-perkukuh-kerjasama-melalui-145th-cid-liaison-meeting
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT

Singapura, 10 Julai 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Singapore Police Force (SPF) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan menerusi penganjuran 145th Singapore–Malaysia Criminal Investigation Department (CID) Liaison Meeting yang berlangsung di Swissotel The Stamford, di sini, semalam.

Mesyuarat dua hala yang diketuai oleh Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu itu membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama demi memperkukuh keselamatan serantau, antaranya perkembangan semasa jenayah rentas sempadan, jenayah terancang, jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian, siasatan berkaitan mata wang kripto, keupayaan forensik dan usaha mempertingkatkan perkongsian risikan, kepakaran serta amalan terbaik dalam bidang siasatan jenayah.

Bagi memperkukuh kerjasama strategik, delegasi PDRM turut mengadakan lawatan penandaarasan ke Digital Disruption Centre, Cyber Command dan FIRST Lab, HTX, SPF bagi meninjau keupayaan risikan, teknologi terkini serta amalan terbaik dalam bidang siasatan jenayah siber dan forensik.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dan SPF dalam memperkukuh hubungan profesional serta kerjasama penguatkuasaan undang-undang demi menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan kedua-dua negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman dan berisan Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2026 11.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM