
Artikel
Posting Pilihan Pdrm Cadang Wartakan Melaka Zon Larangan Dron Sepanjang Prn
Melaka, 6 November 2021 - Polis Diraja Malaysia bercadang mewartakan Melaka sebagai zon larangan menerbangkan dron sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) b...
Melaka, 6 November 2021 - Polis Diraja Malaysia bercadang mewartakan Melaka sebagai zon larangan menerbangkan dron sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjamin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, cadangan berkenaan yang masih di peringkat perbincangan dengan pihak Peguam Negara dijangka dimuktamadkan Isnin ini.
Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan dron bagi parti politik di negeri itu sepanjang PRN Melaka akan dibenarkan dengan syarat ketat antaranya mendapatkan permit daripada pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
"Bagi saya dron merupakan satu ancamam, ia boleh digunakan untuk tujuan baik dan buruk termasuk mewujudkan ancaman dan provokasi. Dron boleh digunakan untuk membawa senjata, gas beracun, cecair yang menyebabkan melecur dan bom.
"Dron juga mungkin digunakan untuk melakukan ‘pendaratan kecemasan’ terhadap kumpulan tertentu yang mungkin (disebabkan) rasa tidak puas hati dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Penutupan Kursus Light Strike Force (LSF) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.
Sumber: Polis Melaka dan BERNAMA