Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pdrm Cadang Ketua Ketua Jenayah Scam Maksiat Warga Asing Diisytihar Persona Non Grata Kpn

Published: 14 Dec 2020 11.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia agar ketua-ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai persona non grata.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pdrm-cadang-ketua-ketua-jenayah-scam-maksiat-warga-asing-diisytihar-persona-non-grata-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia agar ketua-ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai persona non grata.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penjenayah warga asing untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi dikenakan tindakan sedemikian.

"Kami akan cadang kepada Jabatan Imigresen untuk penjenayah-penjenayah warga asing ini dikenakan pengisytiharan (persona non grata) berkenaan setelah mereka dikenal pasti terlibat dalam kegiatan haram ini.

Dengan harapan mereka tidak boleh masuk (Malaysia) lagi. Seumur hidup (mereka) tidak boleh masuk ke dalam negara ini," katanya dalam sidang media sempena Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Tuan Mohamad Fauzi Md Isa berkata, apabila seseorang warga asing sudah diisytihar persona non grata maka dia dilarang memasuki Malaysia seumur hidupnya.

"Bila dia tidak dibenarkan masuk, dia tidak dapat kemudahan imigresen yang diberikan kepada setiap warga asing itu misalnya mohon visa atau memohon permit kerja, ia tidak dibenarkan. Hendak masuk pun tak boleh," katanya lagi.

Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA

Posting Pilihan Pdrm Cadang Ketua Ketua Jenayah Scam Maksiat Warga Asing Diisytihar Persona Non Grata Kpn

ArticlePublished 14 Dec 2020 11.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM