Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pangsapuri Terbiar Jadi Pusat Hiburan Tawar Gro

Diterbitkan: 24 Jun 2024 10.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024, Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pangsapuri-terbiar-jadi-pusat-hiburan-tawar-gro
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:53 MYT
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024, Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar.

Itu helah sindiket pelacuran yang menjadikan bangunan 18 tingkat sebagai pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran.

Premis hiburan yang beroperasi di lima tingkat bangunan berkenaan dikawal ketat 'pengawal keselamatan' di pintu masuk selain pemasangan kamera litar tertutup dan hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Aktiviti yang dipercayai bermula dari jam 6 petang hingga 8 pagi itu turut menyediakan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang diuruskan seorang 'mummy' warga China.

Difahamkan, setiap bilik karaoke dikenakan caj antara RM4,000 sehingga RM8,000, manakala GRO pula akan mengenakan caj teman berhibur dan khidmat seks yang mencecah sehingga RM1,200.

Bukan itu saja, pengunjung juga dikatakan turut ditawarkan dadah ketika berhibur di premis berkenaan.

Bagaimanapun, kegiatan haram terbabit terbongkar selepas sepasukan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menggempur premis berkenaan, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pangsapuri-terbiar-jadi...

ArtikelDiterbitkan 24 Jun 2024 10.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM