Article
Posting Pilihan Pangsapuri Terbiar Jadi Pusat Hiburan Tawar Gro
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024, Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar.
Kuala Lumpur, 24 Jun 2024, Berselindung di sebalik bangunan pangsapuri terbiar.
Itu helah sindiket pelacuran yang menjadikan bangunan 18 tingkat sebagai pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran.
Aktiviti yang dipercayai bermula dari jam 6 petang hingga 8 pagi itu turut menyediakan wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang diuruskan seorang 'mummy' warga China.
Difahamkan, setiap bilik karaoke dikenakan caj antara RM4,000 sehingga RM8,000, manakala GRO pula akan mengenakan caj teman berhibur dan khidmat seks yang mencecah sehingga RM1,200.
Bukan itu saja, pengunjung juga dikatakan turut ditawarkan dadah ketika berhibur di premis berkenaan.
Bagaimanapun, kegiatan haram terbabit terbongkar selepas sepasukan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menggempur premis berkenaan, semalam.
