Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Operasi Bersepadu Khazanah Cubaan Seludup 2 Tan Babi Hutan Ke Thailand Tumpas

Published: 01 Oct 2021 11.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 1 Oktober 2021 - Percubaan seorang lelaki cuba menyeludup karkas babi hutan di Kelantan baru-baru ini berjaya ditumpaskan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Timur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-operasi-bersepadu-khazanah-cubaan-seludup-2-tan-babi-hutan-ke-thailand-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Putrajaya, 1 Oktober 2021 - Percubaan seorang lelaki cuba menyeludup karkas babi hutan di Kelantan baru-baru ini berjaya ditumpaskan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Timur.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di ibu negara semalam, ia melibatkan sejumlah 112 bahagian haiwan tersebut dengan berat sekitar dua tan dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Jenayah tersebut ujar PERHILITAN, dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Markas Taktikal Batalion 7 dari Lubok Setol, Rantau Panjang di negeri itu dengan kesemua bangkai ditemui disorok secara padat di belakang sebuah van dan suspek lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen penyimpanan sah.

“Pemandu kenderaan berketurunan Siam itu ditahan kerana berkelakuan agak mencurigakan setelah diekori pasukan tersebut di Kampung Degong, Pasir Mas pada lewat malam,” katanya.

Laporan kes berkenaan dibuat di Balai Polis Lubok Setol dan nilai barangan yang disita itu sekiranya berjaya dijual di pasaran Thailand dianggarkan boleh mencecah harga RM50,000.

Kenyataan itu menambah, karkas babi hutan tersebut kemudian dirampas sebelum dibawa ke Pejabat PERHILITAN Daerah Jeli, Kelantan untuk tindakan selanjutnya oleh pegawai agensi ini dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Utusan Malaysia

May be an image of 1 person

May be an image of text that says 'PERHILITAN'

May be an image of text that says 'PERHILITAN'

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says 'PERHILITAN'
ArticlePublished 01 Oct 2021 11.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM