Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Selamat Anggota Polis Trafik Cedera Motosikal Berlanggar Dengan Kereta

Diterbitkan: 26 Jan 2023 1.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 25 Januari 2023 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta Proton X70 di KM8.9 Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam-Klang di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-selamat-anggota-polis-trafik-cedera-motosikal-berlanggar-dengan-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:15 MYT
Shah Alam, 25 Januari 2023 - Seorang anggota polis trafik cedera selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta Proton X70 di KM8.9 Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam-Klang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan kira-kira 12.45 tengah hari itu berlaku ketika Sarjan Abdul Jalil Md Said, 35, yang melakukan rondaan Op Selamat sedang berada di lorong kiri jalan.

“Tiba-tiba kereta Proton X70 dari laluan sama masuk ke susur kiri secara mengejut untuk menuju ke stesen minyak yang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Sarjan Abdul Jalil yang cedera di bahagian muka dan tangan akibat terjatuh di atas jalan kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2158967


May be an image of 5 people, people standing and road
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2023 1.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM