Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Selamat 24 Pengarah Jspt Tinjau Aliran Trafik Melalui Udara

Diterbitkan: 29 Mar 2025 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri melakukan tinjauan aliran trafik melalui udara bersama Pasukan Gerakan Udara sempena Op Selamat 24, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-selamat-24-pengarah-jspt-tinjau-aliran-trafik-melalui-udara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuantan, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri melakukan tinjauan aliran trafik melalui udara bersama Pasukan Gerakan Udara sempena Op Selamat 24, di sini, semalam.

Tinjauan menggunakan helikopter jenis AW139 itu dipandu oleh DSP Hj. Firdaus Rosli dengan dibantu Pembantu Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil bersama Pemerhati Udara, Sarjan Ahmad Ezuan Roslan dan Sarjan Nor Airie Nasir.

Tinjauan dilakukan di sekitar kawasan Tol Sungai Besi, Nilai, Tol Gombak dan Lebuhraya Karak sebelum mendarat di Kuantan.

Turut sama dalam tinjauan tersebut adalah Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu Lintas) JSPT Bukit Aman, Superintendan Mohd Yatim Osman.

ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2025 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM