Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jabatan Kdnka Adakan Lawatan Kerja Ke Briged Sarawak Pga

Diterbitkan: 29 Mar 2025 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja rasminya ke Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawah, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jabatan-kdnka-adakan-lawatan-kerja-ke-briged-sarawak-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:12 MYT
Kuching, 29 Mac 2025 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja rasminya ke Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), Batu Kawah, di sini, semalam.

Taklimat pengoperasi PGA telah disampaikan oleh Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dr. Che Ghazali Che Awang.

Dato' Sri Azmi berkesempatan memberikan amanat kepada warga kerja PGA dan menasihati agar sentiasa mengekalkan integriti serta tatakelola yang tinggi bagi menggalas setiap tugas yang diamanahkan selain beramah mesra dengan warga kerja di lapangan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PGA KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani dan Komander Pasukan Polis Marin, SAC Shamsol Kassim.

ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2025 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM