
Article
Posting Pilihan Op Selamat 19 Timbalan Pengarah I Jspt Lakukan Pemantauan Udara Bersama Pgu Dan Santuni Petugas Di Lapangan
Subang Jaya, 22 Januari 2023 - Memasuki hari kelima Op Selamat 19, Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Mohd...
Subang Jaya, 22 Januari 2023 - Memasuki hari kelima Op Selamat 19, Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Mohd Nasri Omar mengetuai pemantauan udara bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) dengan turut disertai rakan media daripada Media Prima.
Seusai pemantauan udara, beliau turut melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk menyantuni petugas JSPT di lapangan.
Hadir sama, Ketua Urusetia JSPT Bukit Aman, ACP Shahrum Hashim, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin, KPP Siasatan/Perundangan JSPT Bukit Aman, Superintendan Shankar Sanrakasa dan Ketua JSPT Melaka, Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar.