
Artikel
Posting Pilihan Op Lancar 44 Pemandu Kenderaan Berat Disaman Gagal Patuh Larangan Waktu Puncak
Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 - Kedegilan 44 pemandu kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya di sekitar Lembah Klang ketika waktu puncak mengundang padah a...
Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 - Kedegilan 44 pemandu kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya di sekitar Lembah Klang ketika waktu puncak mengundang padah apabila mereka disaman.
Semua mereka diambil tindakan menerusi Op Lancar yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, walaupun sudah 10 tahun larangan itu berkuat kuasa, namun masih ramai pemandu kenderaan berat masih degil.
"Pelbagai alasan yang diberikan oleh pemandu kenderaan berat termasuk tidak mengetahui penguatkuasaan larangan di waktu puncak.
"Untuk makluman, kenderaan berat dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) 10,000 kilogram ke atas tidak dibenarkan untuk menggunakan lebuh raya bermula jam 6 sehingga 9.30 pagi," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../dah-10-tahun-berkuat-kuasa...
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dan Harian Metro