Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Esscom Keluar Senarai 20 Suspek Dikehendaki Terbabit Kes Penculikan Esszone

Diterbitkan: 27 Jan 2022 7.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Lahad Datu, 27 Januari 2022 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-esscom-keluar-senarai-20-suspek-dikehendaki-terbabit-kes-penculikan-esszone
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Lahad Datu, 27 Januari 2022 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander Eastern Command (KEC), DCP Tuan Hj. Hamzah Hj. Ahmad berkata, senarai yang dikemas kini itu melibatkan seorang suspek baharu iaitu Majdid Said @ Ammah Pattit, yang merupakan ketua paling kanan Daulah Islamiah Sulu Based.

Beliau berkata, Majdid yang berperanan sebagai Komander Kumpulan Abu Sayyaf Sulu, adalah pemimpin kanan yang bakal menggantikan ketua kumpulan itu Hatib Hajan Sawadjaan.

Sementara itu, antara suspek yang kekal dalam senarai tersebut adalah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan, yang juga pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf dan memiliki kepakaran menghasilkan bom.

“Mudzrimar adalah perancang letupan bagi beberapa insiden di Jolo, Filipina pada 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu dikehendaki itu, agar menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau menyalurkan maklumat menerusi aplikasi Whatsapp di 011-63311072.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Eastern Sabah Security Command dan BERNAMA

May be an image of 20 people and text that says 'DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN KES KES JENAYAH DI ESSZONE MADJID @AMAH PATTIT MUDZRIMAR @ SAWADJAAN SA
ArtikelDiterbitkan 27 Jan 2022 7.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM