Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Khazanah Perhilitan Pdrm Tumpaskan Aktiviti Pemburuan Haram

Diterbitkan: 07 Nov 2020 10.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 7 November 2020 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan enam lelaki tempatan dalam Op Bersepadu Khazanah
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-khazanah-perhilitan-pdrm-tumpaskan-aktiviti-pemburuan-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:53 MYT
Kuala Lumpur, 7 November 2020 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan enam lelaki tempatan dalam Op Bersepadu Khazanah yang dilakukan sekitar Kluang dan Kulai, Johor, bermula 21 Oktober sehingga 3 November lalu kerana terlibat di dalam aktiviti pemburuan haram serta memiliki senjata api buatan sendiri.

Hasil serbuan tersebut, pihak berkuasa turut merampas bahagian kijang dan bahagian kuku disyaki kuku Harimau Malaya, enam laras senapang angin buatan sendiri, empat senjata api buatan sendiri, trofi kepala kijang, dua ekor musang pandan, kera, burung parakeet dan empat ekor burung bayan dan bangkai hidupan liar disyaki ayam hutan.
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menegaskan tiada sebarang lesen memburu dikeluarkan kepada mana-mana pihak dan PDRM juga telah membatalkan syarat memburu terhadap pemegang senjata api di negeri itu.

Sumber: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Posting Pilihan Op Khazanah Perhilitan Pdrm Tumpaskan Aktiviti Pemburuan Haram
ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2020 10.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM