
Artikel
Posting Pilihan Op Khazanah Perhilitan Dan Pdrm Musnahkan 14 Jerat Dawai Di Hutan Rizab Endau Rompin
Kuala Lumpur, 24 Disember 2020 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA)...
Kuala Lumpur, 24 Disember 2020 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui dan memusnahkan 14 utas jerat dawai di sekitar kawasan Hutan Rizab Endau, Rompin, Pahang pada 20 Disember yang lalu.
Hasil pemeriksaan mendapati, jerat tersebut disasarkan untuk mendapatkan mamalia kecil dan besar sebagai mangsa.
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor menyeru agar orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah hidupan liar ke talian hotline Jabatan PERHILITAN di 1800-88-5151.