Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Op Kapas Warga Pakistan Antara 5 Ditahan Jual Data Peribadi Rakyat Malaysia

Published: 17 Oct 2024 3.17 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penjualan data peribadi susulan penahanan lima lelaki, termasuk dalang utama seorang lelaki warga Pakistan pada 5 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-kapas-warga-pakistan-antara-5-ditahan-jual-data-peribadi-rakyat-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penjualan data peribadi susulan penahanan lima lelaki, termasuk dalang utama seorang lelaki warga Pakistan pada 5 September lalu.

Semua suspek berusia 34 hingga 52 tahun itu ditahan menerusi Operasi Kapas dalam serbuan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang.

Operasi itu hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia bersama Siber Sekuriti Malaysia dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan mendapati kelima-lima suspek disyaki melakukan urusan jual beli data peribadi rakyat Malaysia melalui 'dark web'.

Katanya, siasatan mendapati dua suspek termasuk lelaki warga Pakistan berperanan sebagai pembangun portal serta penggodam (“hacker”), manakala tiga yang lain adalah ejen dan pengutip hutang yang membeli data.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-kapas-warga-pakistan...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Berita Harian
ArticlePublished 17 Oct 2024 3.17 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM