
Artikel
Posting Pilihan Muzium Pdrm Meriahkan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022
Kota Bharu, 19 Jun 2022 - Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Keb...
Kota Bharu, 19 Jun 2022 - Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil bahagian dalam pameran sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Sambutan yang berlangsung sehingga 25 Jun depan itu bertemakan 'Keunggulan Muzium' dengan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Hj. Ahmad Yakob.
Pelbagai bahan menarik dipamerkan oleh Muzium PDRM seperti sejarah kepolisan, peristiwa darurat negeri Kelantan dan pelbagai jenis artifak sejarah yang bermutu tinggi.
Orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Tahun 2022 ini, dengan pelbagai aktiviti menarik turut disediakan.
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM