
Artikel
Posting Pilihan Menteri Di Jpm Ekonomi Dan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Jeli
Jeli, 27 Februari 2021 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Ham...
Jeli, 27 Februari 2021 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hari ini meluangkan masa melawat tapak projek pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan yang baharu, di sini.
Sejurus mengiringi Dato' Seri Mustapa, Tan Sri Abdul Hamid sempat meluangkan masa untuk mengadakan sidang media bagi mengulas isu-isu semasa berkaitan keselamatan dalam negara dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hadir sama, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Haji Din dan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat.