Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Santuni Mangsa Banjir Di Daerah Kluang

Published: 04 Mar 2023 8.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Daerah Kluang
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-santuni-mangsa-banjir-di-daerah-kluang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:06 MYT
Kluang, 4 Mac 2023 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail santuni mangsa terkesan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Raya Majlis Perbandaran Kluang, Kampung Melayu, di sini, semalam.

Beliau yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali turut menyerahkan bakul Rahmah Kementerian Dalam Negeri kepada semua mangsa yang terjejas banjir di PPS tersebut.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor, ACP Mohd Zamri Mohd Rowi, Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, Superintendan Mohd Razali Merlin dan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Hj. Mohd Rafi Abdullah.

Sumber: Polis Daerah Kluang

ArticlePublished 04 Mar 2023 8.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM