Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Mdn Raikan Aidilfitri Bersama Warga Kerja Martak Pga Briged Utara

Diterbitkan: 25 Apr 2023 1.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kehadiran beliau diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-raikan-aidilfitri-bersama-warga-kerja-martak-pga-briged-utara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:29 MYT
Kubang Pasu, 25 April 2023 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama warga Markas Taktikal (MARTAK) Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, di sini.

Kehadiran beliau diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali bersama Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Selain menyantuni warga kerja MARTAK PGA Briged Utara, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berbesar hati menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa bakul makanan dan duit raya kepada para petugas sebagai menghargai pengorbanan pasukan keselamatan itu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Komander Briged Utara PGA, SAC Hj. Nordin Hj. Manan serta warga kerja MARTAK PGA Briged Utara.

ArtikelDiterbitkan 25 Apr 2023 1.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM