
Artikel
Posting Pilihan Mdn Pengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Mcpf Ke 28
Menteri Dalam Negeri (MDN) merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini mempengerusikan mesyuarat agung...
Cheras, 24 April 2022 - Menteri Dalam Negeri (MDN) merangkap Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini mempengerusikan mesyuarat agung tahunan kali ke-28 yayasan itu di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, di sini.
Intipati mesyuarat antaranya membincangkan isu-isu yang berkaitan demi memastikan MCPF kekal relevan dengan objektif penubuhannya.
Turut hadir, Ketua Polis Negara yang juga merupakan Timbalan Pengerusi MCPF, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Naib Pengerusi Kanan, Dato’ Sri Ayub Yaakob dan barisan pimpinan serta ahli jawatankuasa MCPF.
Sumber: Hamzah Zainudin