Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengurusan Pdrm

Published: 03 May 2024 2.30 PM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Hulu Selangor, 3 Mei 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengurusan (PDRM) di Dewan Banquet, Maktab PDRM Kuala Kubu Baru, Selangor, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-hadir-majlis-sambutan-hari-raya-aidilfitri-jabatan-pengurusan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT
Hulu Selangor, 3 Mei 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pengurusan (PDRM) di Dewan Banquet, Maktab PDRM Kuala Kubu Baru, Selangor, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim bersama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Berucap dalam majlis yang diadakan, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut menyentuh berkenaan kenaikan gaji penjawat awam yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini selain menekankan kepentingan latihan rohani yang meletakkan integriti sebagai benteng hadapan sepanjang berkhidmat dalam Pasukan. Beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM
ArticlePublished 03 May 2024 2.30 PMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM