
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Guna Kenderaan Berperisai Tingkat Kawalan Di Sempadan
Pasir Mas, 5 Mei 2024 - Polis Kelantan mula menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 semalam untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan neg...
Pasir Mas, 5 Mei 2024 - Polis Kelantan mula menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 semalam untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan negara susulan insiden letupan bom dan tembakan yang berlaku di Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand pada 29 April lalu.
Ketua Polis Kelantan , CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, pihaknya sudah memulakan rondaan di kawasan Tumpat sepanjang Pos Ular, Pos Simpangan, Pos Nibong, Pos Pisau Raut, Pos Naga Ibu dan Pos Kuala Jambu.
Beliau berkata, apabila berlakunya insiden seperti itu pihak berkuasa akan meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan terbabit.
“Kenderaan berperisai yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Am itu dikendali seorang pegawai dan 13 anggota sentiasa melakukan rondaan di sempadan, selain rondaan turut dilakukan menggunakan pacuan empat roda.
“Kita membuat pengoperasian secara strategik bagi menunjukkan anggota keselamatan benar-benar memperketatkan kawalan sempadan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna, termasuk kenderaan berperisai.
“Pada masa sama, kita juga sudah menggerakkan rondaan di lokasi yang dijangkakan ada maklumat mengenai cubaan letupan bom dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Sambutan Warna Warni Aidillitri, di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, di sini malam kelmarin.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.