
Artikel
Posting Pilihan Mdn Hadir Majlis Perasmian Hppk Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
Butterworth, 3 November 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPP...
Butterworth, 3 November 2024 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, di sini semalam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution seterusnya memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Statistik Negara dan Ulang Tahun 75 Jubli Intan Jabatan Perangkaan Malaysia yang juga diadakan di lokasi sama. Ia merupakan entiti penting dalam ikhtiar pembangunan negara melalui polisi penting serta holistik dalam menguruskan sistem data terkini.
Pada sebelah petang pula telah berlangsung Program Temu Anwar - Generasi AI (Ada Idea) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai, yang antara lain turut diadakan sesi ramah mesra bersama golongan belia dan masyarakat setempat.
Turut hadir, Menteri Ekonomi, Tuan Rafizi Ramli, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri serta barisan Ketua Setiausaha Kementerian.