
Artikel
Posting Pilihan Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Batalion 6 Pga
Muar, 6 Mac 2022 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini mengadakan lawatan kerjanya ke Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, Muar, J...
Muar, 6 Mac 2022 - Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini mengadakan lawatan kerjanya ke Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri, Muar, Johor, di sini.
Beliau yang turut diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali telah disambut oleh Komander Briged Tengah, SAC Muhammad Abdul Halim serta Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, SAC Sulaiman Hussain.
Selain meninjau kesiapsiagaan PDRM menjelang pilihan raya Dewan Undangan Negeri Johor tidak lama lagi, beliau turut menyampaikan amanat kepada warga Pasukan yang menetap di situ.