Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Operasi Kekang Pusat Hiburan Ingkar Sop Ppn

Diterbitkan: 06 Mar 2022 1.27 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.37 PM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan pelaksanaan tindakan menerusi Operasi Bersepadu antara jabatan bagi mengekang aktiviti pusat hiburan yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-operasi-kekang-pusat-hiburan-ingkar-sop-ppn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
 
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan pelaksanaan tindakan menerusi Operasi Bersepadu antara jabatan bagi mengekang aktiviti pusat hiburan yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Aidi Ismail berkata, tindakan bersepadu dilaksanakan membabitkan elemen JPJKK, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

"JPJKK akan mengkoordinasi tindakan daripada jabatan lain supaya lebih berkesan khususnya ke atas premis pusat hiburan yang melakukan kesalahan membabitkan SOP.

"Selain pemilik pusat hiburan, pengunjung turut dikenakan tindakan termasuk perlu menjalani ujian urin untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau turut mengingatkan pemilik pusat hiburan supaya patuh SOP PPN serta syarat lesen yang diberikan kerana mereka yang berdegil akan disyorkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pembatalan lesen.

"Ketika kes COVID-19 sedang meningkat, semua pihak dan individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko penyebaran virus terbabit," ujarnya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.sinarharian.com.my/.../Operasi-kekang-pusat...

Sumber: Sinar Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2022 1.27 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.37 PM