Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Anggota Polis

Published: 07 Apr 2023 7.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Konstabel Muhammad Faezzan Syafiq Sulaiman yang cedera akibat kemalangan jalan raya, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-adakan-lawatan-kebajikan-ke-atas-anggota-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:02 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2023 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Konstabel Muhammad Faezzan Syafiq Sulaiman yang cedera akibat kemalangan jalan raya, di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, di sini.

Ketibaan beliau telah diiringi Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman bersama Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada pegawai rendah polis itu yang patah kaki selepas dilanggar lari sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 3 April lalu.

Sumber: JSPT KL

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing, indoor and hospital

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing, hospital and indoor


ArticlePublished 07 Apr 2023 7.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM