Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Mdn Adakan Lawatan Ke Pos Pga Sempadan Malaysia Thailand

Published: 26 Feb 2023 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Batalion 3, Pasukan Gerakan Am.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-mdn-adakan-lawatan-ke-pos-pga-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT
Bukit Kayu Hitam, 26 Februari 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan lawatan ke sempadan Malaysia-Thailand melibatkan Pos Bukit Kuan Chu 7 dan Pos Tembok Sempadan 13, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam.
Beliau turut mendengar taklimat penugasan yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA Bidor, Superintendan Azhar Hj. Hashim selaku pegawai pemerintah medan bagi Op Wawasan Kedah-Perlis.
Hadir sama, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, ACP Wari Kiew dan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh.

ArticlePublished 26 Feb 2023 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM