Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tiada Tempat Untuk Pengkhianat Dalam Pdrm

Diterbitkan: 26 Feb 2023 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut di terbitan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiada-tempat-untuk-pengkhianat-dalam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:35 MYT
Kuching, 26 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawainya yang terbabit kesalahan berat termasuk isu pelanggaran disiplin yang boleh mencalarkan imej pasukan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain berkata, golongan sedemikian tidak akan dibiarkan untuk terus berada dalam PDRM.
Malah, beliau menegaskan PDRM tidak teragak-agak menyingkirkan mereka yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti rasuah dan penyalahgunaan dadah.
“Tiada tempat untuk mereka yang mengkhianati kepercayaan masyarakat dan negara di dalam PDRM.
“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka demi menjaga maruah dan imej PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang utama negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 53 Siri 6/2022 di Pusat Latihan Polis Kuching, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di terbitan akhbar Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 26 Feb 2023 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM