
Artikel
Posting Pilihan Lima 2023 Pelbagai Elemen Jabatan Kdnka Pamer Aksi Hebat Dalam Segmen Demonstrasi Menyelamat Di Maritim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) menurunkan pelbagai elemen serta aset masing-masing sempena...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) menurunkan pelbagai elemen serta aset masing-masing sempena demonstrasi bagi segmen maritim di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA 2023) yang berlangsung di Resort World Langkawi, Kedah.
Demonstrasi menyelamatkan tebusan itu telah mempamerkan aksi hebat aset udara milik Pasukan Gerakan Udara iaitu helikopter Agusta Westland - AW139 dan helikopter AS355, bersama-sama Pasukan Polis Marin yang menggunakan Watercat Boat serta Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB) dengan gandingan operatif dari 69 Komando (VAT69).
Turut mengambil bahagian, dron jenis DJI Matrice 300 RTK dari Unit Dron PDRM serta elemen dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Kontinjen Kedah.
Sumber: Pasukan Gerakan Udara - PGU PDRM