Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Lawatan Ketua Polis Negara Kpn Ke Pangkalan Udara Gong Kedak

Published: 08 Apr 2021 2.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mejer Jeneral Dato' Zahani Zainal Abidin TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Haji Abdul Samad TUDM bersama Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Wan Azwan Azwari Wan Ali TUDM.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-lawatan-ketua-polis-negara-kpn-ke-pangkalan-udara-gong-kedak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Kuala Terengganu, 8 April 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam.
 
Ketibaan beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mejer Jeneral Dato' Zahani Zainal Abidin TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Haji Abdul Samad TUDM bersama Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kolonel Wan Azwan Azwari Wan Ali TUDM.

Tan Sri Abdul Hamid kemudiannya ditaklimatkan berkenaan pengoperasian pangkalan TUDM itu oleh Kolonel Wan Azwan Azwari TUDM sebelum ditaklimat pula berkenaan pengoperasian Nombor 12 Skuadron oleh pegawai pemerintahnya, Leftenan Kolonel Mohd Norazan Othman TUDM.

Sejurus selesai, Tan Sri Abdul Hamid juga diberi penghormatan melihat dengan lebih dekat pesawat tempur negara Sukhoi SU-30MKM, selain merasai sendiri pengalaman menerbangkannya menggunakan simulator yang ditempatkan di pangkalan tersebut.


1

2

3

4

5

6

7

8

9

ArticlePublished 08 Apr 2021 2.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM