Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Ke Cic Jsj Bukit Aman

Published: 23 Nov 2020 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 23 November 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersempena lawatan kerja beliau ke Child Interview Centre (CIC), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 19 November lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-lawatan-kerja-timbalan-menteri-pembangunan-wanita-keluarga-dan-masyarakat-ke-cic-jsj-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT

Kuala Lumpur, 23 November 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menyambut ketibaan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersempena lawatan kerja beliau ke Child Interview Centre (CIC), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 19 November lalu.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid.

Lawatan kerja tersebut sebagai platform perbincangan bersama pegawai-pegawai kanan PDRM mengenai isu-isu semasa dalam kes-kes jenayah seksual, penderaan, dan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak dan wanita di negara ini.

Perjumpaan selama dua jam itu turut membincangkan kerjasama PDRM bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam mengadakan kempen kesedaran jenayah dengan menggunakan platform digital bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai trend jenayah terkini yg mengancam kanak-kanak dan wanita.

Selain itu, Dato’ Hajah Siti Zailah turut mengadakan lawatan ke pejabat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di tingkat bawah dan tingkat 1, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah D11, Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan, para pegawai kanan dari KPWKMN dan D11 Bukit Aman.

Sumber: Siti Zailah Mohd Yusoff

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people and text

ArticlePublished 23 Nov 2020 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM