
Article
Posting Pilihan Lawatan Kerja Timbalan Kpn Ke Kontinjen Sabah
Kota Kinabalu, 28 September 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu P...
Kota Kinabalu, 28 September 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah bersama timbalannya, DCP Datuk Mazli Mazlan.
Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada warga Polis Sabah dan turut berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa penerima atas kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran najis dadah di dalam daerah Tawau, baru-baru ini.
Mereka yang menerima penghargaan daripada Timbalan KPN tadi ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, ASP Irwan Iskandar Md Yasin, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, Wilayah 4 Sabah, Insp Azmi Alexcius Majilon dan Insp risikan (2), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Sabah, Insp Asman Jawal.
Hadir sama dalam majlis tersebut tadi ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Sumber: Polis Sabah