
Artikel
Posting Pilihan Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Kpn Ke Kontinjen Sarawak
Kuching, 8 Disember 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari di...
Kuching, 8 Disember 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani akan mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bermula esok.
Ketibaan beliau yang turut diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dan Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali telah disambut mesra oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail bersama Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Mancha Ata.
Selain itu, Dato’ Sri Acryl Sani turut dijadualkan akan berada di Sibu pada esok hari bagi memberikan penghormatan terakhir sekali gus menghadiri istiadat pengebumian mendiang Sarjan Simon AK Laja bertempat di Tanah Perkuburan Nirvana Memorial Park.
Mendiang yang merupakan anggota Batalion 12 Miri, Briged Sarawak PGA, maut akibat dibawa arus deras semasa menjalankan tugas rondaan di sekitar Sungai Melana, Long Kerangan, Baram pada 3 Disember lalu.
Turut hadir menyambut ketibaan Dato’ Sri Acryl Sani di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tadi adalah barisan ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan IPK Sarawak dan warga kerja Briged Sarawak PGA.
Sumber: