
Article
Posting Pilihan Lawatan Kerja Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Kontinjen Johor
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sempena M...
Johor Bahru, 13 Disember 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sempena Mesyuarat Badan Penyelarasan Kumpulan Wang Polis Semenanjung / Sabah / Sarawak, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay bersama timbalannya, DCP Dato' Khaw Kok Chin.
Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Tuan Hj. Azmi Adam.
Sumber: Polis Johor