
Artikel
Posting Pilihan Dcp Tuan Hj Hamzah Hj Ahmad Mulakan Tugas Sebagai Komander Esscom
Lahad Datu, 13 Disember 2021 - DCP Tuan Hj. Hamzah Hj. Ahmad, mula menjalankan tugas sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang...
Lahad Datu, 13 Disember 2021 - DCP Tuan Hj. Hamzah Hj. Ahmad, mula menjalankan tugas sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang baharu, hari ini.
Ketibaan beliau di Pejabat ESSCOM telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd Ali dan barisan Pegawai Kanan ESSCOM.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menitipkan doa agar ESSCOM di bawah pimpinan Tuan Hj. Hamzah akan terus diperkasa dan cemerlang menjaga keselamatan serta kedaulatan kawasan pantai Timur Sabah.
Sumber: Eastern Sabah Security Command