Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Jpjkk Ke Ipd Seberang Perai Tengah

Published: 02 Mar 2021 2.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Mertajam, 2 Mac 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim telah mengadakan satu lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-lawatan-kerja-pengarah-jpjkk-ke-ipd-seberang-perai-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:10 MYT
Bukit Mertajam, 2 Mac 2021 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim telah mengadakan satu lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, di sini, semalam.

Dalam lawatan kerja yang diadakan, beliau telah menyampaikan surat penghargaan kepada 15 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB), IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang di atas kejayaan menangkap suspek bersama rampasan sejumlah besar dadah di Icon City, Bukit Tengah, beberapa hari lepas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Pemangku Ketua JPJKK IPK Pulau Pinang, ACP Tuan Jamil Ahamed, Timbalan Ketua JPJKK IPK Pulau Pinang, ACP Tuan Tan Cheng San, Ketua Polis Daerah IPD Seberang Perai Tengah, ACP Tuan Shafee Abd Samad bersama timbalannya, Superintendan Mohd Mustafa Bidin.

ArticlePublished 02 Mar 2021 2.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM