
Artikel
Posting Pilihan Lawatan Kerja Kpn Ke Ipk Johor
Johor Bahru, 18 Mac 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador telah mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Joho...
Johor Bahru, 18 Mac 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador telah mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay bersama timbalannya, DCP Dato’ Khaw Kok Chin dan sebahagian warga kerja IPK Johor.
Tan Sri Abdul Hamid turut berkesempatan mengadakan sidang media dan mengulas mengenai kejayaan kontinjen Johor dalam menguatkuasakan undang-undang serta isu-isu berkaitan Pasukan.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan rakan-rakan media.
Sumber: Polis Johor