
Posting Pilihan Lawatan Kerja Komander 69 Komando Ke 12 Skuadron Rajd Cbrne Atm
Melaka, 24 Julai 2020 – Komander 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Tuan Abdul Razak Mohd Yusoff bersama delegasi telah membuat lawatan kerja ke 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosive (CBRNE) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, semalam.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh pegawai pemerintahnya, Leftenan Kolonel Shaifful Nizam Abdul Kholid.
Lawatan tersebut bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua agensi dalam menangani ancaman CBRNE dan mendapatkan maklumat berkaitan sebagai usaha mewujudkan kepakaran tersebut di dalam unit 69 Komando.
Turut hadir, Komander Jurutera Medan Barat Majer Kehormat RAJD Panglima Medan Barat Tentera Darat, Brigadier Jeneral Ir Abdul Hamid Mohd Isa, para pegawai dan anggota PDRM serta ATM.
Sumber: Facebook Berita Tentera Darat Malaysia