
Article
Posting Pilihan Laluan Keselamatan Sempadan Baharu Diwujudkan Di Sarawak Pengarah Jabatan Kdnka
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, laluan itu akan merangkumi hampir 100 kilometer (km) dari...
Kuching, 18 April 2022 - Satu perbincangan khusus akan diadakan oleh Polis Diraja Malaysia dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan laluan keselamatan sempadan baharu di negeri ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, laluan itu akan merangkumi hampir 100 kilometer (km) dari Telok Melano sehingga ke kawasan perkampungan Biawak di Lundu.
“Minggu depan kita adakan perbincangan perincian di KDN di mana Ketua Polis Negara juga telah memberi persetujuan untuk laluan keselamatan yang hendak kita bina nanti.
“Dianggarkan hampir 100 km untuk laluan berbukit sahaja dan kita akan bina sehingga sebelah timur iaitu dari Telok Melano sehingga melangkaui kawasan Biawak untuk peringkat awal ini.
“Tetapi untuk kawasan yang berbukit kita akan hentikan sementara untuk kita laksanakan kajian yang lebih terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Logistik daripada Kerajaan Sarawak kepada Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu Kawah di sini, hari ini.