
Article
Posting Pilihan Kunjungan Hormat Pengarah Jpjkk Ke Atas Pesuruhjaya Polis Sabah
Kota Kinabalu, 14 Disember 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir kunjungan horm...
Kota Kinabalu, 14 Disember 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua JPJKK IPK Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Hamin, Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman, ACP Dr. Parusuraman Subramaniam, Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) IPK Sabah, ACP Ahsmon Bajah dan Komandan Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu, Superintenden Isqal Kria Abdullah.