
Artikel
Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Majlis Makan Malam Sempena Program Pdrm Bersama Kerajaan Negeri Melaka
Alor Gajah, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malay...
Alor Gajah, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman menghadiri Majlis Makan Malam sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Kerajaan Negeri Melaka di Villa Acqua, Masjid Tanah, di sini malam tadi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri merangkap Pengerusi Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI), Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Aziz.
Sementara itu Program PDRM Bersama Kerajaan Negeri Melaka yang bermula hari ini sehingga Ahad, 15 Disember 2024 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir merupakan anjuran Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Ia bakal dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Ab Rauf sekitar jam 8.30 malam esok.
Pelbagai pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung termasuk kaunter semakan dan pembayaran saman trafik dengan tawaran pengurangan sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih yang dibuka seawal jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam.
Yang turut hadir memeriahkan majlis makan malam tadi ialah, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato' Azhar Hj. Arshad, Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Shuhaily Md Zin, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi dan Exco-exco kerajaan negeri serta penduduk setempat.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Sabri