
Artikel
Posting Pilihan Kpn Tinjau Proses Penamaan Calon Pru Dun Ke 17 Sabah
Kota Kinabalu, 15 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini meninjau keseluruhan proses penamaan calon bagi Pi...
Tinjauan tersebut diadakan di Pejabat Pesuruhjaya Polis (PJP), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan diiringi oleh Pesuruhjaya Polis negeri, CP Datuk Jauteh Dikun.
Lawatan tersebut memberi fokus kepada tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk aspek keselamatan, penugasan pegawai dan anggota serta koordinasi logistik di pusat-pusat penamaan calon di seluruh negeri.
Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menegaskan komitmen PDRM dalam memastikan proses pilihan raya berlangsung aman, teratur dan bebas provokasi, sekali gus menjamin keselamatan masyarakat serta kelancaran perjalanan demokrasi.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan PJP Sabah, DCP Datuk Abdul Rani Alias, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim dan barisan ketua jabatan kontinjen.
Sumber: Polis Sabah